AHLI KUMPULAN
i. AUNI SYAFIA BINTI MOHD AMIRUDIN
[ 04DPR24F1038 ]
ii. NURAINA SYAFIQA BINTI AZMI
[ 04DPR24F1008 ]
iii. NUR SARA HANIM BINTI MOHD ZUDI
[ 04DPR24F1020 ]
iv. NUR DANIA BATRISYIA BINTI MAHADI
[ 04DPR24F1034 ]
v. NUR ALYA NADIA BINTI ABDULLAH
[ 04DPR24F1028 ]
Kami pelajar dari Politeknik Kota Bharu sangat tertarik dengan keunikan budaya dan tradisi di Malaysia. Dalam blog ini, kami ingin membawa anda mengenali lebih dekat tentang adat resam yang kaya dan pelbagai di negara kita. Sebagai negara berbilang kaum, Malaysia mempunyai pelbagai adat dari kaum Melayu, Cina, India, dan etnik-etnik lain yang membentuk identiti kebangsaan yang unik. Kami berharap melalui perkongsian ini, kita dapat sama-sama menghargai keindahan dan kekayaan warisan budaya Malaysia.
Selamat membaca dan semoga anda terinspirasi!
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu,India ,Cina manakala Malaysia Timur sendiri terdiri daripada beratus-ratus etnik peribumi. Kepelbagaian kaum dan sejarah yang panjang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza. Perbezaan agama,budaya dan adat resam setiap kaum dan etnik diraikan dan dihormati bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Adat budaya yang merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat telah berkembang melalui tradisi pewarisan daripada satu generasi ke generasi lain dan diamalkan sejak turun temurun ini telah mempengaruhi sebahagian besar gaya hidup masyarakat Malaysia dan identiti setiap kaum. Terdapat beberapa contoh adat resam yang mempunyai keunikan tersendiri bagi setiap bangsa, contohnya:
i. Adat Kelahiran
ii. Adat Kematian
iii. Adat Perayaan
iv. Adat Perkahwinan
MAKSUD "ADAT"
1. Adat ini mencerminkan segala perbuatan yang dilakukan setiap hari ataupun ianya mempunyai musim tertentu yang berpandukan bulan atau tahun. Sebagai contoh perayaan setiap kaum contohnya, Raya Aidilfitri,Deepavali, Tahun Baru Cina ,dan Krismas.
2. Peraturan ini menjadi satu kebiasaan dan tabiat semulajadi manusia. Ianya menjadi satu kepastian yang perlu diikuti dari generasi ke generasi yang lain agar dapat dikekalkan tradisi sesuatu kaum.
ADAT KELAHIRAN
Di Malaysia, adat kelahiran berbeza antara kaum Melayu, Cina, dan India, mencerminkan budaya dan tradisi unik setiap kaum. Berikut adalah gambaran mengenai adat kelahiran bagi setiap kaum
MELAYU
Bertahnik dan Berendoi
Sejurus selepas kelahiran, bayi Melayu biasanya ditahnikkan dengan kurma atau madu. Upacara berendoi juga diadakan, di mana bayi diletakkan di buaian khas yang dihiasi indah, dan majlis doa atau marhaban dibacakan untuk mendoakan keselamatan bayi.
Cukur Jambul
Biasanya diadakan selepas hari ketujuh atau lebih awal, rambut bayi dicukur sebagai simbol kesucian dan permulaan hidup baru.
Aqiqah
Dalam majlis cukur jambul, akikah juga sering diadakan dengan penyembelihan kambing atau lembu sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.
CINA
Mandi Herba
Bayi yang baru lahir biasanya dimandikan dengan air herba untuk membuang "kotoran" yang dipercayai berasal dari alam ghaib.
Upacara Bulan Penuh (满月)
Pada hari ke-30 atau ke-31, satu majlis besar diadakan untuk meraikan kelahiran bayi. Telur merah, kek, dan daging babi diberikan kepada saudara-mara sebagai tanda kegembiraan dan berkongsi berkat.
Pemberian Nama
Nama bayi biasanya dipilih dengan teliti oleh orang tua atau ahli keluarga yang lebih tua, kerana nama dipercayai mempengaruhi nasib dan masa depan bayi.
INDIA
Upacara Namakaran (Pemberian Nama)
Dalam adat Hindu, nama bayi dipilih pada hari ke-10 atau ke-12, melalui ritual yang dipanggil Namakaran. Nama dipilih berdasarkan astrologi atau nasihat dari pendeta.
Annaprasana (Makanan Pertama)
Ini adalah upacara di mana bayi diberi makanan pepejal buat pertama kali, biasanya nasi, yang dilakukan dalam usia 6 bulan.
Upacara Kappu
Rantai hitam atau gelang diikat di pergelangan tangan bayi atau dipakaikan di leher sebagai simbol perlindungan dari kuasa jahat.
ADAT KEMATIAN
MELAYU
- SEMASA KEMATIAN
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dengan kain
- SELEPAS KEMATIAN
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri. Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita lima lapis beserta telekung .
CINA
- SEMASA KEMATIAN
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya, pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita.
- SEMASA PENGEBUMIAN
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
INDIA
- SEMASA KEMATIAN
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
- UPACARA MENINGGALKAN TAARI
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.
- SELEPAS KEMATIAN
Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung.
ADAT PERAYAAN
MELAYU
HARI RAYA AIDILFITRI
- Disambut oleh golongan masyarakat beragama Islam
- Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah, setelah anak bulan dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadhan
- Amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira bangsa
- Pelbagai juadah tradisional disediakan seperti ketupat, lemang, nasi himpit dan sebagainya
- Amalan tradisi yang sentiasa diamalkan pada hari raya adalah memberi duit raya kepada kanak-kanak dan amalan bermaaf-maafan
- Pemberian Duit Raya Malam perayaan Aidilfitri amalan bermaafan di pagi raya
CINA
TAHUN BARU CINA
- Disambut oleh masyarakat Cina
- Menandakan kedatangan Tahun Baru mengikut kalendar Cina (terdapat 12 binatang yang menaungi kalendar mereka)
- Pakaian Samfu dan Cheongsam
- Aktiviti Makan Besar diadakan pada malam Tahun Baru untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan
- Makan Besar bersama ahli keluargaGong Xi Fa Cai
- Pemberian ‘Angpao’ kepada keluarga dan sahabat yang belum berkahwin
- Juadah di Hari Tahun Baru adalah kuih bakul dan buah limau mandarin
- Tarian Singa adalah untuk mendapatkan keberkatan
- Penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Mei
INDIA
PERAYAAN DEEPAVALI
- Disambut oleh masyarakat Hindu & dirayakan pada bulan gelap Aippasi
- Mandi dengan minyak sebagai tanda menyucikan tubuh
- Memasang pelita (vilakku) di hadapan rumah
- Melukis ‘Ranggali’ di hadapan rumah dengan menggunakan beras
- Ranggali dibuat menggunakan beras atau tepung
- Pemasangan pelita di hadapan rumah
- Bersembahyang di kuil dan berkunjung ke rumah keluarga dengan membawa manisan
ADAT PERKAHWINAN
MELAYU
MERISIK
- kedua pihak keluarga lelaki dan perempuan bertemu .
- menyelidik latar belakang keluarga gadis tersebut .
- persetujuan dimeterai dan adat seterusnya dilakukan .
MEMINANG
- dilakukan oleh ahli keluarga terdekat pihak lelaki.
- pihak perempuan diberikan tempoh berbincang dan berfikir .
- perbincangan menetapkan tarikh akan dilakukan semula .
BERTUNANG
- rombongan pihak lelaki datang ke rumah .
- barang hantaran akan dibawa bersama .
- dihadiri keluarga terdekat sahaja .
- berbincang tentang tarikh dan jumlah wang hantaran .
MENIKAH
- upacara yang paling penting .
- dilakukan di masjid atau rumah pengantin perempuan .
- mas kahwin sebagai syarat wajib pemberian .
- bapa pengantin perempuan menjadi wali anaknya .
MAJLIS PERKAHWINAN
- mengumumkan ikatan pernikahan yang sah sebagai sepasang suami isteri .
- semua ahli keluarga, kenalan, jiran, tetangga, rakan dan semua yang mengenali keluarga lelaki dan perempuan diundang untuk memeriahkan majlis .
- pengantian akan memakai pakaian khas bagai raja sehari bersama paluan kompang dan bungga manggar
MERISIK
- untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati .
- berbincang tentang perkara umum .
- mengadakan perbincangan di restoran .
- tradisi makan bersama .
MEMINANG
- wakil akan dipilih untuk berkunjung ke rumah gadis .
- pihak lelaki tidak akan tawar menawar .
- pihak lelaki perlu menyediakan segala permintaan .
- adat bertunang akan dijalankan .
BERTUNANG
- hari pertunangan perlu mengikut bintang kelahiran pasangan .
- khidmat tukang tilik mengikut panduan buku Toong-Su .
- upacara pertukaran cincin .
- ramalan penentuan hari yang sesuai .
- hantaran dan mas kahwin yang disediakan .
MAJLIS PERKAHWINAN
- MERISIK
Merisik atau lebih dikenali melihat bakal pengantin merupakan adat tradisi bagi masyarakat India dan juga masyarakat lain. Ianya bertujuan untuk meihat atau sinonim dengan ‘meninjau’ keadaan bakal pengantin yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan si pengantin disini bererti memastikan status atau keadaan semasa gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimiliki olehnya. Hal ini kebiasaanya diuruskan oleh pihak ibubapa si lelaki yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup.
- KAJU KESERASIAN PERKAHWINAN
Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu
- PARISAM
Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan.
- KAD JEMPUTAN
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.
- PENYEDIAAN THAALI
Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin iaitu lelaki dan perempuan. Pada Thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit.Terdapat pelbagai jenis Thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath Thaali, pottut Thaali,tenant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India.
- UPACARA PERKAHWINAN
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan .
AKHIR KATA
VIDEO MINI PROJECT : https://youtu.be/QAYdxILbwlw?si=L1uj3tgfZLVtPMxd


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)




